Superkomputer Collosus xAI bakal diganda saiz

Nvidia mendedahkan bahawa superkomputer “Collosus” xAI sedang dałam proses mengandakan saiznya. Superkomputer itu hampir menggabung 200,000 H100 dan H200 Nvidia GPU di dalam bagunan seluas 785,000 kaki persegi.

xAI sudah bersedia untuk mengembangkan superkomputer di Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat kepada 200,000 GPU.

$3 billion dibelanja untuk memasang superkomputer Collossus kerana ia kini terdiri daripada 100,000 GPU Nvidia H100, yang biasanya berharga sekitar $30,000 setiap satu. Ia bakal dinaik taraf kemudahan itu dengan GPU H200 yang menampilkan lebih banyak memori tetapi kos hampir $40,000 seunit.

Matlamat utama adalah untuk mengembangkan superkomputer Collossus kepada 300,000 GPU Nvidia Blackwell B200 menjelang musim panas akan datang.

Superkomputer biasanya mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina tetapi Collossus di Memphis Amerika Syarikat menjadi tumpuan kerana kepantasan permulaan mengumpulkan GPU ke dalam kelompok pemprosesan AI yang berfungsidari awal hingga akhir dibina dan dipasang dalam tempoh 122 hari.”

rujukan

Elon Musk Prepares to Double xAI Supercomputer to 200,000 Nvidia GPUs

https://www.pcmag.com/news/elon-musk-prepares-to-double-xai-supercomputer-to-200000-nvidia-gpus

NVIDIA Ethernet Networking Accelerates World’s Largest AI Supercomputer, Built by xAI

https://nvidianews.nvidia.com/news/spectrum-x-ethernet-networking-xai-colossus