Pusat pengkomputeran kuantum pertama Malaysia akan ditubuh antara kerjasama anak syarikat institut mikroelektronik Malaysia – MIMOS technology solution sdn bhd dan SDT inc iaitu syarikat pengkomputeran kuantum yang beribu pejabat di Seoul Korea Selatan.
Bertahun-tahun SDT telah menyedia perkhidmatan dan rangka kerja awan pengkomputeran kuantum di Korea Selatan dan menyumbang kepada ekosistem teknologi Korea Selatan. Rekod prestasi lama dalam teknologi kuantum SDT inc ialah nama dipercayai dalam industri.
SDT inc memiliki kepakaran pembuatan elektronik ultra-ketepatan memboleh membangun penyelesaian pengkomputeran kuantum termaju, terkenal dengan kebolehpercayaan dan prestasi. SDT inc memiliki keupayaan canggih dalam komunikasi kuantum untuk sambungan selamat dan cekap antara pusat pengkomputeran kuantum dan tapak kritikal yang lain.
Menjadi SDT rakan kongsi ideal untuk Malaysia mengambil langkah pertama ke arah mewujud kehadiran yang kompetitif dalam bidang kuantum.
Pendekatan kolaboratif melibat agensi utama seperti agensi keselamatan siber negara (NACSA), inisiatif kuantum Malaysia (MyQI), kementerian sains teknologi dan inovasi (mosti) dan kementerian pertahanan (mod) akan menjadi penting untuk memasti integrasi pengkomputeran kuantum berjaya ke dalam industri seperti keselamatan siber, penjagaan kesihatan dan kewangan, boleh meletak Malaysia sebagai teknologi serantau.
MIMOS di bawah MOSTI sebagai barisan hadapan dalam inisiatif ini bakal memacu inovasi pusat R&D Malaysia dan MIMOS technology solution sdn bhd (mtssb) memain peranan penting menjamin projek industri untuk memanfaat teknologi termaju MIMOS.
Kerjasama SDT inc – MTSSB membina asas kukuh cita-cita kuantum Malaysia dan mewujud negara berkebolehan kuantum, sedia untuk pertumbuhan masa depan dan kepimpinan teknologi.
rujukan
SDT Inc Partners With MIMOS To Establish Malaysia’s First Quantum Computing Centre