Malaysia dan Pusat Pengkomputeran Besar Barcelona

Malaysia menaruh harapan mahu bekerjasama dengan Pusat Pengkomputeran Besar Barcelona

Mengintai peluang kerjasama dengan Pusat Pengkomputeran Besar Barcelona (BSC) yang mempunyai peranan aktif dan penting dalam membangunkan pengkomputeran berprestasi tinggi di Sepanyol dan seluruh Eropah.

Menteri Digital Malaysia telah menyatakan minat Malaysia untuk bekerjasama dengan BSC yang terkenal dengan kumpulan penyelidikan superkomputer untuk akademik dan industri.

Selain itu terdapat potensi perbincangan berhubung pembangunan teknologi kuantum.

Sedar akan keupayaan komputer berprestasi tinggi dałam penerokaan cip baharu yang boleh digunakan dałam pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi AI generatif (Gen AI).

Menteri Digital Malaysia menyebut perbincangan di Malaysia patut dimulakan.

Harapan untuk melangkah ke hadapan untuk memeterai perjanjian atau persefahaman untuk kerjasama yang akan membawa banyak manfaat untuk melonjakkan negara dari sudut kerjasama antara institusi perguruan dan sebagainya.

Komputer kuantum pertama untuk kegunaan awam di selatan Eropah dijangka dipasang di BSC-Centro Nacional De Supercomputacion (BSC-CNS) dan akan disepadukan ke dalam MareNostrum 5 yang merupakan superkomputer paling berkuasa di Sepanyol juga salah satu paling maju di dałam dunia.

rujukan

Malaysia Interested In Collaborating With Barcelona Supercomputing Center

https://bernama.com/en/region/news.php/news.php?id=2360550

Malaysia keen to collaborate with Barcelona Supercomputing Center

https://theedgemalaysia.com/node/733059

Barcelona Supercomputing Center – Centro Nacional de Supercomputacion

https://www.bsc.es

Barcelona Supercomputing Center

https://en.wikipedia.org/wiki/Barcelona_Supercomputing_Center