Nvidia bakal memperkasa kilang AI di India dengan puluhan ribu cip AI untuk pembekal awam dan pengeluar pelayan India dengan meningkatkan penggunaan GPU Nvidia hampir sepuluh kali ganda.1

Yotta Data Service, Tata Communication, E2E Networks dan Netweb akan menerajui killing AI ⏤ pusat data berskala besar untuk menghasilkan kecerdasan buatan. Nvidia menambah bahawa pengembangan itu akan menyediakan hampir 180 exaflop kuasa pengkomputeran.
Nvidia menjangka bahawa insiatif itu akan membolehkan pembangun memanfaatkan sumber pusat data domestik, cukup berkuasa untuk menyokong pembangunan model bahasa besar, visualisasi saintifik yang kompleks dan kembar digital industri.
Dalam satu kenyataan berasingan, Nvidia berkata bahawa ia berkerjasam dengan gergasi IT India termasuk Infosys, TCS, Tech Mahindra, dan Wipro, untuk memacu penggunaan AI.
- Nvidia to power India’s AI factories with tens of thousands of AI chips
https://www.networkworld.com/article/3585322/nvidia-to-power-indias-ai-factories-with-tens-of-thousands-of-ai-chips.html ↩︎