Penyelidik Google telah membangun sistem kecerdasan buatan yang boleh menukar gambar nota tulisan tangan dengan tepat kepada teks digital boleh edit. Sistem baharu, yang dipanggil InkSight, mewakili satu kejayaan besar dalam usaha jangka panjang untuk merapatkan jurang antara tulisan tangan tradisional dan teks digital.1

Halaman daripada “Alice in Wonderland” ditunjukkan dalam bentuk asalnya dan selepas penukaran digital oleh InkSight AI Google menunjukkan keupayaan sistem untuk mengekalkan ciri semula jadi teks tulisan tangan sambil menjadikan digital.
Pencatatan nota digital semakin popular, menawar cara menyimpan nota yang tahan lama, boleh diedit dan mudah diindeks dalam bentuk vektor jelas ketua projek di Google Research Adrii Maksai.
Penyelidik dan ahli sejarah boleh dengan lebih mudah mendigitalkan dan menganalisis dokumen tulisan tangan. InkSight boleh membantu mengekalkan dan mendigitalkan kandungan tulisan tangan dalam bahasa yang secara cejara mempunyai perwakilan digital yang terhad.
“Kerja kami boleh membenarkan akses kepada dakwat digital yang mendasari nota fizikal, yang berpontensi membolehkan sumber rendah dalam domain dakwat digital,” kata salah seorang penyelidik projek Dr. Claudiu Musat.
Seni bina teknologi ini sangat elegan. Dibina mengunakan komponen yang tersedia secara meluas termasuk Pengubah Penglihatan (Vit) dan model bahasa mT5 Google.
InkSight menunjuk bagaimana keupayaan AI yang canggih boleh dicapai melalui gabungan pintar alatan sedia ada dan bukan membina segala-gala dari awal.
- Google’s AI system could change the way we write: InkSight turns handwritten notes digitalMichael Nuñez
https://venturebeat.com/ai/googles-ai-system-could-change-the-way-we-write-inksight-turns-handwritten-notes-digital/ ↩︎