Teknologi satelit menentu glukosa

Tiada lagi Jarum!1

Sistem yang direka oleh Dr. George Shaker bersama pasukan jurutera University Waterloo iaitu menggunakan teknologi radar  untuk mengesan tahap glukosa dengan lebih tepat. Dr. George menyebut

“sama seperti menggunakan cermin mata untuk meningkatkan penglihatan anda, teknologi ini membantu untuk pengesanan tahap glukosa yang lebih baik.”

Dengan mengecil sistem radar pada satelit dan meletakkan dalam peranti boleh pakai yang telah mengguna teknologi radar sama yang diguna untuk melihat perubahan dalam atmosfera kepada untuk melihat perubahan dalam tubuh manusia.

Untuk pengetahuan lebih sistem baharu itu berfungsi seperti mana satelit cuaca yang menggunakan radar untuk memantau atmosfera bumi dan sebagai contoh mengukur pergerakan ribut dan jenis litupan awan yang lain.

Mengguna algoritma kecerdasan buatan untuk meningkatkan ketepatan dan kebolehpercayaan bacaan dengan belajar daripada data dari semasa ke semasa.

Komponen utama sistem ialah cip radar yang menghantar dan menerima isyarat melalui badan. “Permukaan meta” yang direka bentuk membantu memfokuskan isyarat ini untuk ketepatan yang lebih baik dan mikro pengawal memproses isyarat radar menguna algoritma kecerdasan buatan.

Aspek unik sistem ini ialah permukaan meta yang telah dibangunkan oleh pasukanya. Ia meningkatkan lagi resolusi dan sensitiviti radar, membolehkan bacaan glukosa yang lebih tepat.

“Tidak seperti kaedah sedia ada yang memerlukan penembusan kulit, sistem ini sepenuhnya tidak invansif dan boleh mengesan walaupun perubahan kecil dalam tahap glukosa. Tiada teknologi lain yang dapat memberikan tahap ketepatan ini tanpa sentuhan langsung dengan aliran darah.”

Harapan mereka supaya ia boleh digunakan untuk mengumpul data lain yang berkaitan dengan kesihatan, seperti tekanan darah.

Kertas penyelidikan “Radar near-field sensing menguna metasurface untuk bio perubatan” dipaparkan dalam Kejuruteraan Komunikasi Alam Semula Jadi.2

  1. Waterloo researchers design wearable tech that can sense glucose levels for diabetics more accurately than ever before
    https://uwaterloo.ca/news/media/no-more-needles-tracking-blood-sugar-your-wrist ↩︎
  2. Radar near-field sensing using metasurface for biomedical applications
    https://www.nature.com/articles/s44172-024-00194-4 ↩︎